Sunday, 25 December 2016

Near to finish line

Assalamualaikum wbt.

Terlalu lama tak menulis kat sini dan hampir terlupa ada blog. Serius! So sekarang dah semester akhir sebelum internship next semester. Tinggal beberapa minggu je lagi nak habiskan sisa-sisa hidup kat USIM. Mixed feelings la, sedih ye jugak sebab lepas ni dah habis the real zaman belajar, if sambung master pun takkan sama macam mana zaman belajar waktu degree kan? Happy jugak sebab tak sangka dah nak habis dahh, tak perlu hadap assignment, quizzes, tests, final exam etc. Kejap je rasa empat tahun, how time flies..

Still tak dapat lagi tempat intern dan masih lagi relax menunggu jawapan daripada beberapa company. How can seorang fariha boleh relax sedangkan intern start awal bulan 2 dan sekarang dah nak masuk bulan 1. Actually, dah dapat dah tempat intern tapi dekat Batu Caves, jauh kot. So reject dan menunggu company kat Sungai Petani. Dekat dengan rumah and tak payah susah-susah cari rumah sewa. Harap sangat dapat kat Sungai Petani.

Khamis yang lepas ada viva presentation. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun kena present dua kali sebab evaluator tak hadir waktu yang sama. Tak sangka pun berjaya jugak harungi segala cabaran dan rintangan cewahh selama empat tahun ni. Paling mencabar semester tujuh ni la, mana nak siapkan thesis lagi, siapkan assignment lagi, masuk lab untuk thesis lagi. Waktu minggu nak hantar softbound thesis tu, waktu tu la jugak ada presentation Jepun (ambik bahasa Jepun sebab terpengaruh dengan Syasya haha), waktu tu la jugak ada test Jepun, waktu tu la jugak assignment banyak nak kena hantar. Pendek kata itu la minggu yang paling mencabar. Nak betulkan format thesis tu makan masa yang lama, ye la format tu banyak markah jugak.

Masa tahun tiga dulu, tengok senior present thesis dorang pun dah rasa cuak. Asyik fikir macam mana la bila tiba saat diri sendiri kena buat semua tu. And alhammdulillah I've made it! So sekarang freedom la kejap before final exam start 07hb Januari nanti. Kejap je dah nak masuk 2017, tahun depan dah 23 tahun. Tuanyaaa rasaaa.



Softbound thesis



Lepas je viva presentation, terus malam tu dengan housemates set a dinner kat Red Card Bangi. Kitaorang siap buat reservation lagi, takut orang ramai. 



Half of the housemates.