Monday, 14 March 2016

Broga Hill


Assalamualaikum.


Dua minggu lepas pergi Bukit Broga di Semenyih dengan classmates and housemates. Rancangnya nak pergi konvoi lima buah kereta tapi disebabkan weols (housemates + me) lambat dalam 10 minit macam tu, maka kami ditinggalkan. Tak sedih pun hahaha, waze kan ada. Weols bertolak dalam pukul 4.10 pagi macam tu lah dari Nilai. Tak jauh pun dari nilai ke Semenyih, dalam 40 minit macam tu je. Nak tengok matahari terbit kan, jadi perlulah la gigih bertolak awal ke sana.

Yang bestnyaa walaupun weols bertolak lambat sikit dari geng classmates tapi weols yang sampai awal dulu hahaha. Entah la waze tu bawak weols guna jalan kampung yang seram wehh, jalan sempit penuh hutan kiri kanan and then tetiba burung muncul la, huii seram ahh jugak. Kira jalan shortcut la. So dalam pukul 5 pagi weols sampai di Bukit Broga. Tak sangka dah ramai gilaaaa orang rupanyaa, apa lagi mari lah kita cepat-cepat naik ke sana supaya hajat untuk melihat matahari terbit tercapai.

Perlu diingatkan ye dah kalau nak panjat Broga pagi-pagi jangan la lupa bawak lampu suluh pulak. And lagi satu nak tengok matahari terbit perlulah solat Subuh di atas sana ye tak? Jadi ambik la wuduk siap2, tapi boleh je ambik atas sana tapi susah sikit la sebab dah ramai orang kan, ramai lelaki pulak tu. Weols solat Subuh kat puncak Bukit Broga tapi kawasan lapang kat situ sempit sikit la. Kalau nak solat jemaah beramai-ramai kat kawasan lapang before puncak la.





Menunggu matahari terbit, kat atas batu tempat weols sandar ni, serius ramai orang wehh







Matahari dah nak muncul







Ini laa dia housemates kesayangan beta





Tak Broga la wehh kalau tak dak gambaq atas batu. Ini memang tak edit letak lighting ke apa, natural lighting daripada matahari







Masa untuk turun la pulak. Masa nak turun tu, ramai jugak orang yang baru nak mendaki Bukit Broga. Weols turun around 8am lebih la. Ramai je parents yang bawak anak masing-masing, kecik-kecik lagi pulak tu. Hebat! 




Dah penat penat turun tu, mari la kita berehat di Sungai Tekala. Tak jauh pun Sungai Tekala dengan Broga tu. Best treatment la dapat mandi kat sungai. Memang hari tu back to natural la, ni asyik keluar dengan housemates pergi shopping mall je kan. Bosan!