Wednesday, 8 July 2015

Belajar Bidang Bioteknologi

Assalamualaikum

Hari ini nak kongsi serba sedikit mengenai bidang bioteknologi. Mungkin ada yang berminat nak belajar dalam jurusan bioteknologi. Dulu masa lepas matrikulasi terus zappp dalam kepala tetiba rasa minat nak belajar pasal makanan pada mulanya. Tetiba minat tu datangg. Minat pasal makanan tapi masa tu tak terfikir lagi pasal bioteknologi. Masa matriks dulu saya pelajar Modul 3, maknanya saya memang tak belajar physics. Jadi memang lepas matriks tu kos physics memang tak mintak, apatah lagi kos engineering. Huiii memang tidaklah.

Dipendekkan cerita dapat tawaran belajar di USIM, Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan) selama empat tahun.. Disitulah bermulanya cerita saya dan bioteknologi hihi. Untungnya sebab saya belajar pasal makanan tetapi tak lah sedalam budak dietetik belajar dan juga bioteknologi.

Seronok sebenarnya belajar food biotechnology ni. Ohh ya perlu diingatkan walaupun hang belajaq physics ka, biology ka, hang tak boleh lari daripada belajaq chemistry. Jadi jangan berangan nak lari dari Mr.Chemistry. Sepanjang dua tahun belajaq ni, sem sem lepas belajaq organic chemistry, analytical chemistry, principle of chemistry, biochemistry haa memang hang tak dak peluang langsung nak lari lah.

Apa yang bestnya belajaq bioteknologi? Bestnya sebab kita belajaq banyak benda sangat yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita. Sumpah best! Contohnya dalam subjek genetics, macam mana sebenarnya DNA replication tu berlaku, translation berlaku. Tajuk yang sama masa hang belajaq asasi or matriks tapi mestilah lagi mendalam.

Lepas tu hang belajaq pasal mutation dan classical genetics. Dari situ hang akan tau kenapa ada orang tu jari kaki/tangan dia terlebih. Kenapa ada orang syndrome down? Itu semua disebabkan berlaku penambahan atau kekurangan pada chromosome seseorang itu. Kita alhamdulillah manusia normal mempunyai 46 chromosome dan salah satunya adalah sex chromosome. Sex chromosome tu lah yang tentukan hang ni laki ka perempuan.

Lepas tu apa yang best lagi ialah kita akan tau apa jadi kat badan kita kalau kita belum makan lagi atau selepas makan. Contohnya sekarang ni bulan puasa, jadi glucose dalam badan kita akan berkurang sebab kita tak makan. Glucose ni adalah sumber untuk kita dapatkan energy. Nak basuh baju, nak sidai baju, nak masak, semua tu perlukan tenaga kan. Jadi disebabkan kandungan glucose dalam badan kita kurang, glucagon akan dikeluarkan oleh pancreas. Glucagon ni lah akan bagi signal supaya proses catabolic dan anabolic berlaku.

Sebenarnya kan bila kita belajaq benda ni semua, kita akan rasa wowww hebatnya ciptaan Allah ni. Bayangkan setiap masa badan kita melakukan pelbagai proses. Boleh bayangkan tak? Perasan tak orang selalu ingat kalau makanan tu ada kod contohnya E100, E342, apa sahaja yang tertulis di bahagian ingredients tu bermula dengan kod E mesti orang ingat makanan tu ada bahan yang berasaskan babi.

Sebenarnya kod tu semua dah dibahagikan kalau E100-E200 untuk apa fungsinya. Memandangkan saya pun tak berapa nak ingat pembahagian kod ini, hahaha apa yang boleh dikatakan kod-kod ni melambangkan makan tu ada penambah perisa ke, penambah warna ke etc. Jadi jangan cepat melabel sesuatu makanan tu ada unsur babi.

Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita keseronokan belajaq bioteknologi ni. Belajaq memang best, tapi bila nak exam tu cedera parah masuk ICU lah jugak. Meroyan lah hari nak exam tu. Sebabnya banyak banyak proses hang kena tau, kena faham. At the end, habih bercampuq microbiology, biochemistry dan genetics. Sebabnya ketiga-tiga killer subjek tu tak ada gap masa final exam hari tu. Sakit pulak hati kite awak.

Kepada yang berminat nak belajaq bioteknologi, teruskan lah niat suci murni anda untuk apply kos tersebut. Nescaya selepas itu anda akan lebih menghargai dan mengkagumi segala ciptaan Allah.











No comments:

Post a Comment