Saturday, 13 July 2013

USIM Aku Datang

Assalamualaikum







Hari khamis lepas, keputusan permohonan kemasukan ke ipta dah keluar. Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan yang mulia ni dapat tawaran sambung belajar kat Universiti Islam Sains Malaysia.

Walaupun sebenarnya berharap yang lain, tapi redha dengan apa yang dapat. Tak dak lah kisah sangat dapat sambung belajar kat mana,yang paling penting kos yang dapat tue memang minat. Memang ikut selera anak tekak. Eh?  Sebab Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Ingat tue !

Pernah dah jejakkan kaki kat USIM masa p hantar my sis, masa tue dia amik tahmidi. Sekali tue jaa lah, lepas tue tak pernah dah. Yaa tepat sekali nampak gayanya satu universiti dengan my sis lah. Tapi kos yang berlainan. Panjang sungguh jodoh kami bersama, daripada sekolah rendah, sekolah menengah, universiti semua sama. Sangat bertepatan dengan peribahasa ni...

Bagaimana kakak, begitulah adiknya =P ( rekaan semata-mata, hak cipta terpelihara )


Ni sebahagian daripada surat tawaran......



Saudara/i,

TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2013/2014
Tahniah, sukacita dimaklumkan bahawa saudara/i telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program pengajian seperti berikut :


Program Pengajian: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN

(BIOTEKNOLOGI MAKANAN)
Kod Program Pengajian:
QG07

Tempoh Pengajian: 4 TAHUN                                                                                            
Fakulti: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
  
Maklumat Pendaftaran :
  
Tempat: STADIUM TERTUTUP NILAI, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 2 SEPTEMBER 2013 (ISNIN)
Masa: 2.00 - 4.00 PETANG


Mudah-mudahan dipermudahkan pembelajaran di sana. InshaAllah



No comments:

Post a Comment