Monday, 29 April 2013

Segalanya telah berakhir-part1

Assalamualaikum

Hari ini adalah hari sangat bermakna lagi mengembirakan buat student matrik seluruh m'sia,bagi modul 3 aliran sains jaa lar.hehe. Yang lain tue jangan nak buat-buat lupa esok ada exam lagi. Yaa kami semua dah habis exam,hoorayy. Tapi yang paling best lagi dah habis dah pun belajar kat matrik haa. Alhamdulillah segala cabaran di matrik dah pun sampai di penghujungnya. Jauh disudut hati yang paling dalam ( cehh ayat ) rasa sedih jugak lah kan. Tak rasa macam setahun pun belajar kat matrik. Rasa masa bergerak cepat sangat. Tak sempat pun nak kenal-kenal roommate dan classmates lama2.

Tak sangka hari ini dah tamat segalanya. Masa sekolah dulu, punya lah tak mau masuk matrik, bersungguh-sungguh gila cakap kat orang kalau dapat matrik tak mau p lah.hehe. Sebenarnya masa sekolah dulu tak mau mintak pun matrik,tapi my mum cakap mintak p lar. Kalau dapat tak mau p tak pa lah. Tengok sekali keluar result dapat matrik, kat changlun pula tue, Kolej Matrikulasi Kedah. Haishhh, dapat kedah pulak,padahal first choice letak Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Lepas tue tanya lah kawan2 yang lain tue dapat matrik kat mana. Alih alih depa pun dapat kedah jugak,memang ramai kawan sekolah dapat sana dan ramai jugak lah yang belajar kat situ. Except diana sorang jaa tersesat dapat penang,kan diana. Nasib lahh,hehe

Dulu bukan apa tak mau masuk matrik, tak tau lah sapa yang telah momokkan cerita yang matrik nie susah giler,since dah masuk situ memang kena struggle betul-betul, kalau tak memang rugi masa kau kat sana. Lepas dengar tue, terbayang dalam kepala otak nie, dah lahh masa sekolah pun chemist,add math,physics, bio my killer subjects. Hoi kalau masuk matrik macam lepas keluar mulut buaya, masuk pulak mulut harimau. (Ehh betul ka ayat nie ?)

Lepas tue dengar pulak add math kat sekolah, math kat matrik. Giler ko ! Tapi memang lah betul semua tue, susah tue tetap susah. Cabaran tetap cabaran. Masa mula-mula masuk tue, bila dah start class apa semua, dah rasa tension tau. Dengan class malam pun ada, hoi memang tnsion masa tue. Sebelum nie tak pernah pun tension macam tue. Masa tue rasa macam nak call my mum jaa, cakap nak keluar matrik,hehe.

Dengan jadual yang sangat packed dengan class, start class pukul 8 sampai lah pukul 4 petang. Kadang tue ada jugak yang habis pukul 5 petang. Cuma pukul 1-2 jaa rehat. Masa tue lah nak makan, solat semua. Sebab tue lah kadang rasa tension kalau ada kelas malam, nak2 banyak pulak assignment nak kena buat. So the only time for rest hanyalah waktu petang lepas habis kelas tue. Tue situasi masa mula2 masuk. Baru nak belajar adapt dengan persekitaran, macam mana cara study kat matrik, susun masa dengan betul. Sebab belajar memang laju giler kalah kelajuan bullet train kat Japan tue haa,haha. Tipu sesangat okay !

Lepas tue tak dak dah lahh tension teruk2 sangat. Setakat biasa2 tue harus lah ada. Kalau tak rasa tension langsung pun susah jugak, exam nak dekat, study dak lagi, lepas tue tak rasa tension pulak. hoi parah tue. Perlu jugak lah rasa tension tapi awas jangan berlebihan,hikhik. Tapi tue lah kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Matrik telah menjadi pilihan. Macam panjang sangat lah pulak entry kali ni yea dak. Good night semua. Good luck untuk exam esok hari.