Sunday, 3 February 2013

Hidup berpuak-puak

Assalamualaikum...

Macam lama jaa tak jenguk blog nie. Alhamdulillah mid sem exam pun dah habis kamis lepas. Bila dah habis exam, lepas tue mesti lar cuti dengan bestnya di rumah. Tmbah cuti raya cina, huii kat kat dua minggu jugak lar. Sila jeles meles sapa yang cuti sat tue.haha. Okay2, beberapa minggu yang lepas, bukak lar peti inbox e-mail, ada satu e-mail yang sebenarnya lama ditunggu-tunggu. Sampai dah terlupa pun haa.

Kemusykilan agama islam. Soalan yang daku tanya pada tahun lepas, telah pun terjawab. Sebab tue lar terpanggil nak buar entry pada kali nie. Biasa lar kita kan hidup nie mesti memerlukan kawan atau lebih tepat sahabat yang sentiasa ada watu senang dan susah, saat ketawa dan sedih, saat suka dan duka gituu. Nie nak bukak cerita time kat sekolah dulu. Sapa yang penah dulu time sekolah, tiba2 ada orang cakap

" ampa nie macam orang Arab jahiliah, suka hidup berpuak-puak " 

Mungkin ada yang tak penah, ada yang penah dilabel sebegitu. Yes, masa kat sekolah dulu, memang ada yang selalu tegur daku dan kawan2 lebih kurang ayat di atas. Depa cakap macam tue sebab biasa lar kat sekolah mesti banyak geng lar kan, group sini, group sana. Macam berpuak- puak. Daku merasakan kami tak buat lar cara hidup berpuak-puak nie, kawan dengan semua orang. Tapi yang rapat tue mesti lar beberapa orang jaa.

Bila dah orang kata macam tue kat kita, bukan setakat sekali, padahal rasanya mungkin dia tersalah faham lar kot pasal isu nie. Jadi daku pun nak mencari jawapan ke arah kebenaran gituu. Bukak lar laman web kemusykilan.islamgrid.gov.my. Maka daku pun tanya lar kat ahli panel tue pasal masalah nie.


Soalan

assalamualaikum.,saya nak tanya adakah cara kami ni mcm orang arab jahiliah zmn dulu yg suka hidup berpuak-puak??lagipun kami tinggal di asrama n kmi kwan dgn semua orang tpi yea lar kmi rapat dgn beberapa orang kawan,kira bff lar..slalu org kata mcm geng lar..dia ni geng ni,bdak ni geng ni..kira mcm byak geng lar kat skolah..lpas tu slalu ja ada orang kata kmi ni mcm orang arab jahiliah sbb kmi ni mcm hidup brpuak-puak..tpi kmi rasa kmi tak brmksud mcm tu pun..mohom ustaz ustzah jelaskan.,tq :)

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dorahmati Allah swt
Tanggapan sedemikian sering kali wujud di kalangan budak asrama. perkara ini timbul kerana lumrah anak-anak perempuan suka berkongsi dengan teman rapatnya. Teman itu yang juga dikenali sebagai sahabat sejati, susah dan senang adalah bersama.
Walaubagaimanapun, adalah lebih baik anda dan rakan menjalinkan hubungan yang baik dengan teman yang lain, kerana selepas dari pengajian anda sudah pastinya anda akan berhadapan dengan orang, kenalan yang lebih luas dan ramai.
Tanggapan sama dengan puak jahillayah adalah salah sama sekali dan ianya sudah pasti sangat berbeza. Asalkan anda dan sahabat karib tidak mengamalkan sebarang ajaran atau gerakan yang bertentangan dengan
agama islam

Tengok jawapan ahli panel kita. Tanggapan sedemikian adalah salah sama sekali ! Ada satu lagi jawapan, daku tanya sampai dua kali, punya nakkan kepastian. Kesian kat ahli panel tue, kena jawab sampai dua kali.

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Orang zaman jahiliyyah hidup berpuak-puak, namun hal ini tidak boleh disamakan dengan situasi yang anda hadapi terutama semasa di sekolah.
Hubungan yang rapat itu sebgai bukti rakan sebaya itu mempunyai perkongsian minat yang sama.

Rasanya jawapan nie telah cukup untuk membuang sejauh-jauhnya tanggapan macam tue. Mungkin orang yang menegur tu salah faham mengenai isu ini. Jadi kepad sesiapa yang ada musykil pasal apa2 jaa  lar, boleh lar tanya sokla kat ahli panel tersebut. Klik jaa linnk kat atas tadi. Sebelum nak tanya tue, ushar2 lar dulu, mana nak tau soklan yang nak tanya tue, dah ada orang tanya. Siap ada jawapan lagi. Save sikit masa.


2 comments:

  1. Haah.. sebenarnya kat asrama tu bukan puak2 cuma kawan2 rapat.. yela duduk jauh dari keluarga. Bila dapat bersama dengan orang yg selalu dengan kita rasa la gembira sikit kan. hehe...

    ReplyDelete
  2. tue lar,,tapi ada orang tersalah faham pasal benda ni

    ReplyDelete