Sunday, 25 December 2016

Near to finish line

Assalamualaikum wbt.

Terlalu lama tak menulis kat sini dan hampir terlupa ada blog. Serius! So sekarang dah semester akhir sebelum internship next semester. Tinggal beberapa minggu je lagi nak habiskan sisa-sisa hidup kat USIM. Mixed feelings la, sedih ye jugak sebab lepas ni dah habis the real zaman belajar, if sambung master pun takkan sama macam mana zaman belajar waktu degree kan? Happy jugak sebab tak sangka dah nak habis dahh, tak perlu hadap assignment, quizzes, tests, final exam etc. Kejap je rasa empat tahun, how time flies..

Still tak dapat lagi tempat intern dan masih lagi relax menunggu jawapan daripada beberapa company. How can seorang fariha boleh relax sedangkan intern start awal bulan 2 dan sekarang dah nak masuk bulan 1. Actually, dah dapat dah tempat intern tapi dekat Batu Caves, jauh kot. So reject dan menunggu company kat Sungai Petani. Dekat dengan rumah and tak payah susah-susah cari rumah sewa. Harap sangat dapat kat Sungai Petani.

Khamis yang lepas ada viva presentation. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun kena present dua kali sebab evaluator tak hadir waktu yang sama. Tak sangka pun berjaya jugak harungi segala cabaran dan rintangan cewahh selama empat tahun ni. Paling mencabar semester tujuh ni la, mana nak siapkan thesis lagi, siapkan assignment lagi, masuk lab untuk thesis lagi. Waktu minggu nak hantar softbound thesis tu, waktu tu la jugak ada presentation Jepun (ambik bahasa Jepun sebab terpengaruh dengan Syasya haha), waktu tu la jugak ada test Jepun, waktu tu la jugak assignment banyak nak kena hantar. Pendek kata itu la minggu yang paling mencabar. Nak betulkan format thesis tu makan masa yang lama, ye la format tu banyak markah jugak.

Masa tahun tiga dulu, tengok senior present thesis dorang pun dah rasa cuak. Asyik fikir macam mana la bila tiba saat diri sendiri kena buat semua tu. And alhammdulillah I've made it! So sekarang freedom la kejap before final exam start 07hb Januari nanti. Kejap je dah nak masuk 2017, tahun depan dah 23 tahun. Tuanyaaa rasaaa.



Softbound thesis



Lepas je viva presentation, terus malam tu dengan housemates set a dinner kat Red Card Bangi. Kitaorang siap buat reservation lagi, takut orang ramai. 



Half of the housemates.

Monday, 14 March 2016

Broga Hill


Assalamualaikum.


Dua minggu lepas pergi Bukit Broga di Semenyih dengan classmates and housemates. Rancangnya nak pergi konvoi lima buah kereta tapi disebabkan weols (housemates + me) lambat dalam 10 minit macam tu, maka kami ditinggalkan. Tak sedih pun hahaha, waze kan ada. Weols bertolak dalam pukul 4.10 pagi macam tu lah dari Nilai. Tak jauh pun dari nilai ke Semenyih, dalam 40 minit macam tu je. Nak tengok matahari terbit kan, jadi perlulah la gigih bertolak awal ke sana.

Yang bestnyaa walaupun weols bertolak lambat sikit dari geng classmates tapi weols yang sampai awal dulu hahaha. Entah la waze tu bawak weols guna jalan kampung yang seram wehh, jalan sempit penuh hutan kiri kanan and then tetiba burung muncul la, huii seram ahh jugak. Kira jalan shortcut la. So dalam pukul 5 pagi weols sampai di Bukit Broga. Tak sangka dah ramai gilaaaa orang rupanyaa, apa lagi mari lah kita cepat-cepat naik ke sana supaya hajat untuk melihat matahari terbit tercapai.

Perlu diingatkan ye dah kalau nak panjat Broga pagi-pagi jangan la lupa bawak lampu suluh pulak. And lagi satu nak tengok matahari terbit perlulah solat Subuh di atas sana ye tak? Jadi ambik la wuduk siap2, tapi boleh je ambik atas sana tapi susah sikit la sebab dah ramai orang kan, ramai lelaki pulak tu. Weols solat Subuh kat puncak Bukit Broga tapi kawasan lapang kat situ sempit sikit la. Kalau nak solat jemaah beramai-ramai kat kawasan lapang before puncak la.





Menunggu matahari terbit, kat atas batu tempat weols sandar ni, serius ramai orang wehh







Matahari dah nak muncul







Ini laa dia housemates kesayangan beta





Tak Broga la wehh kalau tak dak gambaq atas batu. Ini memang tak edit letak lighting ke apa, natural lighting daripada matahari







Masa untuk turun la pulak. Masa nak turun tu, ramai jugak orang yang baru nak mendaki Bukit Broga. Weols turun around 8am lebih la. Ramai je parents yang bawak anak masing-masing, kecik-kecik lagi pulak tu. Hebat! 




Dah penat penat turun tu, mari la kita berehat di Sungai Tekala. Tak jauh pun Sungai Tekala dengan Broga tu. Best treatment la dapat mandi kat sungai. Memang hari tu back to natural la, ni asyik keluar dengan housemates pergi shopping mall je kan. Bosan!






Friday, 27 November 2015

Zaman matriks paling ohsem

Assalamualaikum.

Entah ke berapa puluh juta kali seorang fariha merindui sangat sangat zaman matriks beliau. Kenapa eh dalam banyak banyak zaman belajaq, zaman matriks lah yang paling ohsem kan. Kan? Dia punya tahap ohsem tu macam nak masuk balik zaman tu tapi tak nak ada exam haha, boleh pulak macam tu.

Selalunya kalau tetiba rindu zaman matriks, iols akan scroll gallery tengok gambaq gambaq, mostly banyak gambaq yang hilang gara-gara format laptop lepas tu tak ada back up. Hoii sedih tau dak. Sambil tengok gambaq, bukak lagu Kolej Matrikulasi Kedah. Ya Allah lagi lagi lah bertambah rindu tu.


Kolej Matrikulasi Kedah,
Perjuangkan bangsa bermaruah,
Jati diri hadapi saingan,
Kualiti menjana kecemerlangan

Sains teknologi menjadi sandaran,
Berilmu bermaklumat dan berwawasan,

* terus rasa nak menyanyi tapi lupa lirik


Tak rugi jugaklah bila buat entry pasal kehidupan kat matriks dulu, sekarang bila rindu boleh baca balik entry tersebut. Zaman matriks ni kan adalah zaman yang mematangkan seseorang especially me. You will learn to be more more more independent. Jadikan hang lebih yakin, lebih berani nak bercakap depan orang, nak present dalam kelas, dalam kuliah (tapi sekarang pun sebenarnya still not good in presentation)

Seriously masa sekolah dulu, ya Allah dia punya cuak nak present tu taktau nak habaq macam mana. Takut tu memang lah, lagi satu masalah malu nak cakap depan orang ramai. So bila masuk matriks ni belajaq macam mana nak kawal segala emosi supaya bila present tu nampaklah yakin sikit. SIKITLAH.


Kmk yang disayangi, dicintai dan dirindui selalu, you are the best!

28/11/15
11.02 am